Untuk hari ini saya nak kongsi berkenaan POWER pumping.
APA ITU POWER PUMPING???
Teknik power pumping adalah teknik satu teknik yang sangat membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang sama dengan pengepaman biasa namun menggunakan kaedah yang sedikit unik. ia bertujuan untuk memberi signal terhadap otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dalam selang masa yang singkat.
SIAPA YANG PERLUKAN??
- mommy yang kekurangan susu dan sedang usaha nak banyakkan semula susu - akibat dari perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya
- mommy yang nak menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan (relaktasi)
- mommy yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini bertujuan merangsang penghasilan susu (namun harus diingat, untuk ibu yang belum pernah melahirkan, sila berjumpa Doktor untuk nasihat lanjut)
CARA POWER PUMPING
Single pump - pam kanan 10minit, kemudian kiri 10minit, kanan semula 10 minit dan diteruskan secara bergilir-gilir selama 1 jam.
Double pum - pam kedua-dua belah serentak, rehat, makan-makan, kudap-kudap selama 10 minit, pam semula kedua-dua belah selama 10 minit, rehat semula 10 minit dan seterusnya sehingga cukup 1 jam
Disarankan buat sekali sehari selama seminggu. amat digalakkan buat pada waktu malam ke subuh sebab hormon susu sangat tinggi (bagi yang beragama islam time nilah kita bangun sembahyang tahajjud, lepas sembahyang tu buat sekejap)
BILA DAPAT NAMPAK HASIL???
Jangan berangan tinggi-tinggi buat sekali, terus nak dapat hasil. Teknik ini mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk nampak perubahan terhadap penghasilan susu. Teruskan usaha walaupun susu yang keluar hanya setitik atau hanya pam angin semata-mata.. Jangan putus asa, berdoa dan tawakkal, insyaAllah dipermudahkan olehnya.. Amiiinn.
Kepada ibu berkerjaya yang selalu terskip jadual mengepam, amalkan power pumping di malam hari. InsyaAllah susu tak akan merudum, malah makin bertambah jika amalkan secara berterusan.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma;
Siti Khadijah
018-2836867 (sms, whatsapp, wechat)
No comments:
Post a Comment