Sebenarnya setiap pilihan tu ada pro & cons. Macam CT lak, dari dulu susah nak percaya dekat pengasuh sebab :-
1. Apa yang dia buat selama hampir 12 jam jaga anak kita di rumah dia, hanya dia dan anak kita yang tahu. kalau anak yang dah besar, balik pandai mengadu, xpe la juga..Tapi kalau anak kecil baru 2-3 bulan umurnya, apa yang dorang tahu.
2. Kes2 rogol yang melibatkan kanak2 dan bayi sangat menakutkan. SebabCT bekerja di Mahkamah dan jumpa banyak lelaki yang gila seks terhadap kanak2.Ok, fine, xadil if CT cakap banyak, sebenarnya jarang, tapi ada!!!But still ada kemungkinan selagi pengasuh itu jaga anak kita dirumah dia yang mana masih bebas untuk dikunjungi tetamu lelaki, atau suami pengasuh itu sendiri!!! Sekurang-kurangnya di taska, tiada lelaki asing dibenarkan berleluasa di dalam kawasan premis.
3. Sebab sebab lain seperti cara asuhan dan pergaulan
Itu yang menyebabkan CT pilih taska berbanding pengasuh.
Tapi pengasuh pun banyak kelebihan tersendiri:-
1. Tak jaga ramai budak yang mana anak kita lebih terurus.
2. Kurang terdedah dengan penyakit berjangkit
3. Kebanyakan pengasuh jatuh sayang dan jaga anak kita seperti anak sendiri.
Maka bertuahlah bagi mereka yang jumpa dengan pengasuh yang sememangnya berwibawa.
Persoalannya disini, CT dah hantar anak2 ke sebuah taska di kawasan rumah CT di Puchong ini sejak naik kerja bulan 5 yang lepas. Segalanya ok sehinggalah naik raya baru ni.Apa yang terjadi ialah bila orang yang jaga baby dah tukar sebab yang lama da berhenti.
-Kak Yong semakin kurus. macam tak cukup makan. Balik terus lapar macam kurang makan.(Org yang jaga toddlers penyelia kat situ, ni prasan da lama)
-Setiap kali amik Zia, Zia masam dengan bau baju yang tumpah susu. Sapa yang breastfeed baby mesti tau macamana bau susu ibu kan. Macem angat!!!!huhuhu
-Hari pertama lagi best, susu Zia luak 2botol aje. hello, dia bagi ank aku minum susu x. Even though CT start bagi solid food kat baby Zia sejak naik cuti raya, takkan la 2 botol je minum susu.
What should i do? Are those thing i still can/have to tolerate or should I just find a new place for my kids?
HELP!!!!!!
No comments:
Post a Comment