Sunday 8 September 2013

Cara Kumpul Stok Semasa Dalam Pantang

Biasa orang kata dalam pantang lah paling banyak susu kan? Betul tak? Pengalaman sendiri, masa first week tu tak lah banyak sangat. Minggu kedua tu dah banyak sampai baby pun tak larat nak minum. Kadang just dengar suara baby je pun, susu dah mula memancut. Ohhh so messy!! Masa tu breast pad adalah kawan baik. Haha. Kalau tak, lencun baju dengan susu.


Jadi belajar cara kumpul stok masa pantang adalah sangat- sangat digalakkan. Bukan takat digalakkan, malah DIWAJIBKANlah kalau betul –betul nak BF baby sampai umur 2 tahun.
Ok jom cekidout, 
  1. Semasa susu kan baby, pam jugak kat breast sebelah tu.Contohnya baby menyusu belah kanan, pam belah kiri. Teknik ni turut dikenali sebagai tandem nursing.
  2. Lepas baby menyusu, pam breast supaya betul- betul kosong.
  3. Jangan sesekali introduce formula milk. Ini akan menggangu rutin baby. Kang baby rasa, eh cukup dah formula., so dia tak kan demand dari breast lagi. Bila jadi camni, kesian kat breast sebab dah mula confuse, eh aku ni kene hasilkan susu ke tidak?
    Kalau dah ter introduce jugak, takpa. Boleh amalkan power pumping untuk restart rutin baby untuk demand dari breast. Kene pam setiap 2 jam lah
  4. Pastikan minum air sekurang- kurang nya 3 liter sehari. Minum air yang banyak semasa pantang adalah sangat penting, untuk mengelakkan sembelit, untuk menghasilkan susu yang banyak, untuk memastikan aliran darah lancar so that ibu rasa bertenaga. Dan minum air yang banyak tak akan menyebabkan bentan ya. Bentan tu kalau minum air sejuk atau air ais, ye lah. Minum lah air masak suam ke, air susu ke.
  5. Pastikan makan makanan yang cukup nutrisi. Kalau yang terpaksa pantang macam- macam tu, makan ikan ok apa. Ikan haruan kan biasa bidan- bidan kasi makan. Sebenarnya pemakanan dalam pantang ni tak perlu pantang. Dia bergantung kepada tubuh individu. Kalau macam risau eh cukup tak badan aku ni dengan nutrisi seimbang? Maka mari lah kita ambil supplement Shaklee.
Oh, kalau ada yang tak tahu, Set Breastfeeding Shaklee ni memang sesuai sangat untuk di ambil semasa dalam pantang lagi. Kalau anda mengamalkan apa- apa jamu pantang macam Salindah ke, Mustika Ratu ke, tapi nak makan jugak Set Breastfeeding Shaklee, pun boleh :) Saya akan terangkan cara pengambilan vitamin yang betul, dan saya akan provide FREE consultation selepas pembelian.
Anda berminat nak dapatkan Set Breastfeeding Shaklee? Hubungi saya sekarang :)
Your Shaklee Independent Distributor
Siti Khadijah
♥ SMS | WhatssApp : 018-2836867
♥ Shaklee ID : 846821
♥ Email : sitikhadijahrohana@gmail.com

No comments:

Post a Comment