Monday, 26 August 2013

DILEMA IBU BEKERJAYA

Zaman sekarang kebanyakan ibu tidak lagi duduk di rumah, menjadi surirumah sepenuh masa..Kebanyakan ibu sudah keluar bekerja. Secara peribadi, CT rasa itulah juga punca kerosakan akhlak anak2 muda berleluasa. Ini berdasarkan pemerhatian CT selama CT bekerja di Mahkamah..Anak2 muda yang terlibat dengan pelbagai gejala sosial ini kebanyakannya menjadi bebas kerana kedua2 ibu bapa bekerja. Salah siapa? Salah ibu bapakah yang tidak punya masa berkualiti untuk diluangkan bersama anak2? Salah ekonomi kah yang menyebabkan tidak cukup untuk hanya seorang yang bekerja. Atau silap anak kah yang menyalahgunakan kepercayaan  dan kebebasan yang ibu bapa  beri?


Hati sangat berat setiap kali meninggalkan anak di muka pintu taska. Bukan hanya memikirkan apa yang  mungkin terjadi pada masa akan datang, memikirkan juga apa yang sebenarnya terjadi di sebalik pintu taska itu sendiri, perasaan mula gundah. Terdapat banyak kes2 yang mengundang rasa berbolak balik tatkala kita keluar bekerja.



Hahaha..Semua ini memang menakutkan orang2 mcm aku..yang keluar bekerja dari pagi. Masa untuk bersama anak2 cuma malam saja. What to do, ini lumrah yang terpaksa dilalui..Dengan taraf hidup yang semakin tinggi, takut untuk aku bergantung dengan En. Suami semata-mata. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan lah hati kami. Peliharalah keselamatan ank2 kami. Jauhkanlah perkara2 buruk dari hidup kami. Kepadamu hambamu ini bermohon, kepadaMu hamba berserah. Amin, amin Ya Rabbal Alamin"


No comments:

Post a Comment