18 Ogos 2013, genap umur Zia 6 bulan, maka mommy dia memang sangat2 excited untuk start on solid food..
Why not before 6 month?
My mother in law said that i'm so stubborn..So true..memang aku agak degil kalau bab anak aku..MIL and FIL aku memang dah tahu n dah tak tegur walau pun aku tahu dorang masih xsetuju dengan aku..
Aku xbagi air masak pun untuk anak aku sebelum berusia 6 bulan. Kenapa???
BAHAYA AIR MASAK UNTUK BAYI BAWAH 6 BULAN
- Risiko jangkitan kuman jika air yang diberikan adalah tidak bersih.
- Memberi bayi minum air kosong boleh meningkatkan risiko kegagalan penyusuan susu ibu kerana bayi tidak lagi dahaga. Perlu di ingat bahawa pengeluaran susu ibu bergantung kepada permintaan dimana semakin kerap bayi menyusu, semakin kerap ransangan untuk pengeluaran susu ibu.
- Bagi bayi yang berumur dibawah 5 minggu, pemberian air kosong yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, seterusnya mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah dan terjadinya sawan tarik.
- Susu ibu menghasilakn salutan perlindungan penyakit dalam sistem penghadaman bayi. Pengambilan air akan pmenghakis salutan ini.
Seperti yang sering dinasihatkan oleh doktor dan pakar kanak-kanak, makanan terbaik untuk bayi berumur dibawah 6 bulan adalah susu ibu. Makanan dan minuman selain dari susu ibu hanya digalakkan untuk diperkenalkan kepada bayi apabila bayi telah melepasi usia 6 bulan.
Apatah lagi makanan pejal..Memang aku keras hati untuk tunggu sehingga anak aku berusia 6 bulan..Whatever tanggapan. Cakap-cakap orang "kesian anak, lapar kot", "aku rasa dia dah nak makan la tie"
Aku pekakkan telinga n yet, still believe that brestmilk is the only thing that my baby need within 6 months after birth.
Next, i'll share what i cook 4 my baby Zia
No comments:
Post a Comment