Wednesday 25 September 2013

JADUAL PAM SUSU BAGI IBU BEKERJA

Bagi ibu yang bekerja namun masih meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif, pembahagian masa sangat penting. Mana tidaknya, kita terikat dengan jadual bekerja yang kadang-kadang di luar kawalan kita, namun pada masa yang sama kita mencari masa yang sesuai untuk pam.

banyak kes yang mana susu ibu mula merudum selepas si ibu kembali bekerja. Yelah, nak buat macam mana kalau dah sibuk sangat. Nak pam ni bukan boleh main selak dan susu pun keluar macam air paip. Percaya atau tak, ada kawan saya yang pikir macam tu. Dia ingat bila pam, susu akan keluar sepertimana air paip. Ohhh My..i wish.. tapi hakikatnya memerah susu memerlukan masa antara 10  hingga ke 30 minit.

So pada ibu yang sangat sibuk atau tak dapat kawal waktu sendiri. Macam saya yang bekerja dalam court ni  yang susah ialah mengawal masa bila nak cari kesempatan mengepam. Ialah masa free saya bergantung dengan kes.Kadang-kadang sangat banyak masa terluang kerana xde kes yang jalan. Kadang-kadang waktu lunch pun terlajak kerana kes masih berjalan.

Apa yang saya buat???

* Saya invest untuk membeli pam yang pada saya sangat membantu. Saya guna sambil buat kerja. Cuma tak lah saya masuk court pakai ni..Huhuhu, haru biru nanti.Kang Hakim pun carik bunyi apa tu..hahaha..

Medela Freestyle
madela freestyle



* back to basic - saya praktik kan konsep demand vs supply. 
Kalau saya terlajak tak sempat nak pam, saya akan kerapkan pada sebelah malam. Bagi yang bekerja di meja tulis sahaja please bersyukur dan jaga jadual pam anda. Otak akan stimulate susu mengikut jadual yang telah kita bina. saya juga cuba sedaya saya untuk pastikan saya curi masa untuk ikut jadual jika boleh. lagi kerap kita pam, lagi banyak susu akan terhasil. Cari masa jika boleh buat power pumping..


* Tenangkan hati dan emosi
Bila hati tenang, barulah susu akan mengalir lancar. Apa yang saya buat, especially waktu petang yang mana hati saya lebih tenang untuk mengepam dan tak terburu-buru ialah saya baca blog yang memberi inspirasi atau saya mengepam sambil menatap gambar anak-anak saya.

* Saya pastikan badan saya sihat.
Saya memang mkn supliment. Saya memerlukannya untuk mantain tenaga harian saya. Selain itu saya mengubah diri demi anak-anak saya. Untuk pengetahuan anda saya tidak makan sayur sejak kecil. Namun sejak saya mengandung anak pertama, saya paksa diri saya  untuk makan banyak sayur dan buah.

* Pam ikut rutin penyusuan anak anda di rumah.
Pam sepertimana waktu anak menyusu di rumah. Jika kebiasaan anak bangun pagi pada pukul 7.00 pagi untuk menyusu. Mulakan mengepam pada waktu itu. Sebabnya macam yg saya dah sy ckp tadi, otak kita akan stimulate susu ikut jadual

**** jika mahukan contoh jadual yang saya gunapakai, sila jangan segan untuk email saya di sitikhadijahrohana@gmail.com.








No comments:

Post a Comment