Friday 11 October 2013

MARAH TANDA SAYANG

Dalam rumah tangga, mustahil tiada badai dan gelombang. Pernah tak anda bercerita dengan teman-teman betapa sakitnya hati dengan perangai si suami / si isteri? Antara banyak-banyak nasihat, nasihat yang macamana anda suka dengar?

"Mel, memang patut pun ko marah, kalau aku, aku buat apa tau, aku akan..." cadang si A

atau

"Mel, aku bukan nak bangkang kau, tapi kau, tapi dalam rumah tangga, tolak ansur itu penting, kalau aku di tempat kau, aku akan....." cadang si B

lalu cadangan mana yang akan terkesan di hati anda?

Rumahtangga mana yang tiada langsung cacat dan cela. dalam kita berumahtangga dan mencari redha Allah di atas dunia yang sementara cuma ini apa yang yang paling penting ialah keharmonian. 

Ini adalah apa yang anda ingin dengar bila anda meluahkan masalah pada teman2.




Namun pernah tak anda renungkan "buah sabar itu manis isinya"

"Kau cakap senanglah, benda macam ni tak jadi dengan kau, kalau ko kat tempat aku, ntah2 lagi teruk ko buat"

Sebenarnya kita memang mengharapkan teman kita akan menyokong kita dan mengeluarkan ayat sokongan sepertimana Si A suarakan, tapi sekiranya anda yerus memperjuangkan betapa betulnya anda dan betapa salahnya si Dia, ke mana sudahnya rumahtangga anda?

Sehingga kini saya masih mencari formula untuk sentiasa aman. Saya yang dulunya nak sentiasa menang belajar menerima yang kadang-kadang suami saya juga ingin menang. Dan apa yang paling penting dalam rumah tangga ialah tolak ansur.

"Penat bercakap dengan dia, asik nak kena ulang je, tak paham2 apa yang aku nak!!!"

Pernah dengar tak "Batu yang terbelah itu tidak datang kerana betapa derasnya arus yang membelah batu, tetapi kerana berapa kerapnya titisan air menitis sehingga terbelahlah ia"

Beralah tidak membuatkan kita kalah. 

Saya bukan siapa-siapa, jauh sekali pakar dalam isu rumahtangga. apa yang saya suarakan cuma berdasarkan apa yang terjadi di sekitar kehidupan saya. 







No comments:

Post a Comment